Sunday, September 30, 2012

sorrow

bila diberi pilihan untuk menjadi apa yang kau mahu
kau tidak mampu untuk berfikir apa yang kau mahu
seterusnya kau memilih untuk menjadi orang lain dalam bentuk diri kau
kau sendiri yang membawa diri kau ke terjerumus ke lembah kesesatan

bila kau merintih meminta bantuan
tak pernah ada tangan yang mahu menghulurkan bantuan
kau berusaha sedaya upaya untuk keluar dari lembah kesesatan

tapi,
bila kau sudah punya daya untuk keluar
kau dihenyak semula oleh manusia-manusia rakus
cuba untuk menjatuhkan kau
takkan pernah senang melihat kau gembira

mereka lebih gembira melihat kau sengsara
ketawa kau cuma untuk sembunyikan derita
tanpa ada yang pernah mahu bertanya
apa khabar kau disana

bahagia?
derita?
sengsara?
celaka?


No comments:

Post a Comment