Sunday, July 29, 2012

rule number 4

kita lupa untuk berkongsi cerita
kita lupa untuk berkongsi rasa
kita lupa untuk berkongsi cinta
kita lupa untuk berkongsi kasih


ahhhh
kita semakin lupa
lupa siapa sebenarnya kita yang dulu

rule number 3

kau sanggup menjual maruah

tapi aku rasa ridak perlu

sebab kalau itu dari kau

ianya percuma

rule number 2

aku tidak pernah lari dari kau

cuma nya

aku sudah buang kau jauh-jauh

rule number 1

apa guna kita berteman
kalau belati tajam selalu berada di belakang ku?

Tuesday, July 24, 2012

try

Dia
Terjerit
Terlolong
Minta di temani

Suara dari hati
takkan pernah ada yang mendengar

Bangkit sendiri
Belajar berdikari

itu sudah pasti!

Sunday, July 22, 2012

rewind

ini kisah setahun yang dulu

saat-saat begini
aku dalam perjalanan ke kota Kuala Lumpur
bukan untuk mencari rezeki
tapi kepulangan yang mengubah seluruh perjalanan hidup ini

jam 11.30 malam aku sampai di pudu raya
menunggu seseorang menjemputku
bersama-samanya
aku bergerak ke Hospital Selayang

setibanya di sana
aku di bawa ke wad kecemasan ICU
di situ aku lihat kakak ku
sedang berbaring dengan wayar-wayar berselirat
aku renung sedalam-dalam wajahnya
berharap agar matanya celik kembali
mahu berbicara
kotak suara tidak berbunyi
hanya airmata yang mampu menceritakan segalanya

tanpa ada siapa-siapa disisinya
dia pergi tinggalkan kami semua
pemergiannya begitu tenang sekali
tapi kami sekeluarga mengalirkan airmata mengharap dia kembali
tapi ini semua takdir ILLAHI
mahu atau tidak
terpaksa terima juga

selepas pemergiannya
satu persatu kenangan berputar-putar di minda
senyum, gelak tawa dari wajahnya amat aku rindui
bila berjauhan
dialah orang pertama akan memanggil aku pulang ke rumah
bertanya khabar
bertanya soal kehidupan

23/7/2012
genap setahun pemergiannya
mata ini ingin menatap wajahnya 
bibir ini mahu sekali berbicara dengannya
telinga ini seringkali mengidam mendengar suaranya yang ceria
tangan ini mahu memeluk erat tubuhnya

semoga kau tenang di sana :')







sail away

pelayar-pelayar kesepian
belayar di lautan sengsara
cuma semangat dijadikan bekalan
andai luntur semangat
hilanglah segalanya


Saturday, July 21, 2012

miss

rindu ini semakin berleluasa
mahu berbicara pada yang tiada
untuk apa?
hanya mampu untuk berdoa agar dia bahagia

semakin hari rindu aku pada dia tak dapat di kawal
hampir setiap malam teringat akan senyuman pada raut wajahnya
dengan dia aku bahagia
dengan dia aku sentiasa ceria

kak
i know you are watching me
aku akan sentiasa berdoa agar kau sejahtera
setiap saat dalam hidupku
akan ada doa untuk kamu

akan aku pastikan kak
cita-cita kau aku sambung
dan aku akan pastikan nama yang kau idamkan aku gunakan



SEMOGA SEJAHTERA KAU DISANA R.NUR AZIAH :)

down

aku tak sehebat neil amstrong untuk ke angkasa
aku tak sehebat khalil gibran untuk berpuisi cinta
aku tak semegah helang di angkasa
aku tak secantik merak di bawah sana

tapi aku cuma ada satu
YA!! cuma SATU

CITA-CITA

tolong dan bantu aku untuk memperolehinya

Friday, July 20, 2012

:)

kalau mahu di khabarkan pada semua
pasti tidak akan cukup masa
dan setiap cerita pasti berbeza-beza
namun jalan ceritanya masih tetap sama


bukan tidak mahu berkongsi cerita
cuma aku rasa aku semakin dewasa
dan mampu untuk menanggung
apa yang aku rasa

cerita-cerita
ramai yang bertanya
apa khabar kau disana?
dengan senyum aku membalas
baik-baik sahaja

sedangkan
dalam hati menanggung derita
dalam mata menanggung sengsara

kalau benar kau mahu tahu apa yang aku rasa
mari kita duduk semeja
aku akan bercerita




Friday, July 6, 2012

dream

mimpi kita takkan sama
jika mimpi kau indah
maka mimpi aku gundah
jika mimpi aku indah
maka aku akan bawa kau bersama
berlari menari di dalam mimpi aku

jangan biarkan aku hanyut sendirian dalam mimpi aku
tolong temani aku...

crush

bagaikan lautan yang di hempas batu satu tan ke dalamnya
walau lari sejauh mana pun
pasti akan terpercik ke muka jua..