Thursday, June 21, 2012

hanya kamu

setidak-tidaknya
aku masih lagi boleh hilangkan kebosanan

sudah 2 hari aku bekerja sebagai tukang basuh pinggan di sebuah gerai nasi ayam
selama dua hari juga aku tidak fikirkan pasal kau
bukan sebab aku terlupa atau apa
cuma aku sengaja tinggalkan di belakangku
agar aku dapat merehatkan minda seketika

cinta kau cuma datang sementara
aku tidak mahu bahagia sentiasa
aku tidak mahu sengsara selamanya

cumanya
kau suka datang dan pergi begitu sahaja
sedangkan aku memerlukan kau
aku mahu kau disisiku
tapi kau tidak pernah mengerti semua itu

aduh
sayang seribu kali sayang
sebab aku makin hilang perasaan terhadap
kalau kau mahu aku
ayuh bangkit dan tiupkan semula cinta engkau
agar aku dapat ditemani bidadari kecil seperti kau

Saturday, June 16, 2012

love

telah aku tinggalkan cerita lama
tapi kini kembali
datang memang dah diduga dari dulu
cumanya aku biarkan di tepi
kerana aku tidak mahu disakiti kesekian kali
cinta seperti api
bahang nya terasa
panasnya menjilat diri sendiri