Sunday, November 28, 2010

hanya yang gila mampu melakukan

bukankah kita mahu menasihatinya
agar duduk bertafakur
di landasan keretapi pada lewat jam tiga pagi
agar bisa dapat melihat kehebatan lampu cahaya kepala keretapi?
selepas remuk dua atau tiga kali
biarkan keretapi besi ceraikan kepala, tangan,kaki,jantung,
buah pinggang,pusat dan lututnya.

kelak cerita kematiannya bakal direncanakan
sebagai kematian paling tragidis
untuk tatapan umat manusia-manusia gila
dan mungkin selepas itu ramai yang bakal mengikuti
jejak langkah si gila yang pertama

negative

simpan kata-katamu
yang kau sayang pada aku
simpan elok-elok
bila aku tiada nanti
kau bisa buangkannya

jatuh

aku akan tulis apa yang aku suka
aku akan tulis apa yang aku rasa
dan kalian yang tak mengerti
tolong jauh dari sini
cukup-cukuplah mengeji
kalian tak kan mengerti
apa rasa di dalam hati seorang lelaki ini

Saturday, November 27, 2010

wait

aku sentiasa ada waktu untuk kamu
tunggu kunjungan dari aku
aku datang dengan membawa seluruh hatiku kepada kamu

begging

hati aku kosong
jiwa aku kosong
akal aku kosong
boleh di kata kosong ke semuanya

isilah apa yang kau fikrkan perlu
cuma untuk aku
dan pastikan
apa yang di isi semuanya indah dan baik-baik sahaja

hutang lama

ini semangat baru aku
hutang-hutang dulu
aku langsaikan
aku tak mahu berhutang dengan siapa-siapa
walau setitik peluh

lurus

biarkan aku terusan
bermain dengan kosa kataku
ini karangan aku
rona-rona hidup aku
aku tulis apa yang aku mahu
cerita tentang diri aku
cerita tentang mereka-mereka di sekeliling aku
cerita tentang siapa-siapa sahaja yang aku mahu

Wednesday, November 24, 2010

heart

andai hati ini bisa di ambil dan lihat
pasti bertaburan duri yang menikam
dan banyak jua kesan luka
dan parut yang tertinggal padanya

yang pertama

di corong-corong gelap lorong
aku duduk termanggu seorang
mataku terpaku melihat cahaya di seberang jalan sana
mampukah aku untuk ke sana
dan bersama-sama dengan mereka?

Tuesday, November 23, 2010

memang

dunia
tempat
manusia-manusia
kejam
dan
aku
juga
berada
di dalamnya
terasa
terasing
dari
mereka-mereka
yang
gah
berkuasa

semuanya tak kena

setiap perkara yang aku lakukan
pastinya ada yang mengata
payah nak puaskan hati semua orang
susah kalau orang selalu mencari kesalahan aku
walhal diri sendiri melakukan perkara yang sama
sepertimana yang aku lakukan

semua yang aku lakukan
pastinya menjadi sebutan
aku bukan kanak-kanak yang ingin menarik perhatian
aku sekadar melakukan apa yang aku rasa perlu
untuk menghiburkan hati aku
aku tidak menganggu hidup siapa-siapa
jadi biarkan aku bersendiri

Sunday, November 21, 2010

Saturday, November 20, 2010

ini cerita pejalan kaki

dia berjalan seorang diri
di ruang pejalan kaki
melihat kanan kiri
memerhati segala gerak geri
ada yang menaiki pacuan sendiri
ada yang menaiki tunggangan sendiri
ada juga yang menggunakan kudrat sendiri
seperti dirinya

sudah menjadi adat pada manusia hari ini
apa yang ada untuk di tunjuk-tunjuk
bukan untuk di kongsi bersama
yang hebat di sanjung
yang lemah di baling, di buang, di hina

Saturday, November 13, 2010

salam

simpan kenangan lalu
tanyakan apa yang kau ingin tahu
biar segalanya terurai
andai tak mahu bicara
teruskan berahsia
satu hari nanti pasti kau akan rasa sakit
bila bicara semua tak kena
rahsia mula terbongkar semuanya

silakan...

salam di sambut
kata bersahut
pintu di buka
mulut mula bicara
luahkan apa yang dirasa
tak guna simpan lama-lama
jangan di biar rahsia sampai mati

Monday, November 8, 2010

lantera merah

kalau ada objek lain
yang lebih tajam dari mata pisau itu
gunakanlah dan robeklah jantungku
dari kau terus menyiksa aku dengan
kejujuran yang menyakitkan
kalau benar kau dah tak punya cinta pada aku
khabarkan saja
agar aku bisa terima
dan aku tak tersiksa di kemudian harinya

Friday, November 5, 2010

melokul

tersentak aku dari tidur
baru sebentar tadi
mimpi yang ku dapat begitu jarang sekali
jujur aku katakan
mimpi sebentar tadi
amat teruk sekali

Thursday, November 4, 2010

streologika

selepas datang satu
datang lagi satu ombak
yang memukul batu di tepi itu
begitulah seterusnya
sehingga datang ombak besar
yang memukul batu
dan batu itu masih lagi teguh disitu
tidak pernah hanyut di tarik ombak