Sunday, March 10, 2013

kamar

dalam kamar
aku berbisik sendiri
'untuk apa aku di sini?'
kalau semua mahu aku mati!

cerita

cerita kita sama
masih sama
tetap akan sama

kalau kita tidak mahu akan kelainan
maka semuanya sia-sia

Wednesday, February 20, 2013

cerita aku

kau tak merasa pedih menjadi aku
sakit sengsara datang bertimpa
jiwa kian luluh
hati makin rapuh

tapi aku masih tetap teruskan perjalanan
untuk membahagiakan ayah ibu
tapi tiada siapa tahu
apa aku mahu
aku simpan dalam-dalam
agar tak siapa dapat tahu

Friday, October 26, 2012

rule number 14

saat kau menjadi orang paling bahagia
jangan kau lupa pada keluarga

kalau kau kata kau masih lagi berdiri hingga ke hari ini
kerana kaki kau sendiri
kau silap
sebabnya sebelum kau pandai bertatih dahulu
siapa yang dukung kau?
ajar kau cara berjalan?

tika kau bertatih jatuh tersadung kaki sendiri
siapa yang berkejar untuk pujuk kau diam?
SIAPA?

Sunday, September 30, 2012

rule number 13

aku masih lagi percaya
kalau kau mahu bicara tentang sesuatu
ceritakannya sehingga habis
kerana esok mungkin tiada peluang untuk kau bercerita lagi

siapa tahu
malam ini yang terakhir untuk kau dan aku
esok tiada lagi kau untuk bercerita
tiada lagi aku untuk mendengar
jangan pernah kecewa kalau jawapan yang kau terima semuanya hampa
sekurang-kurangnya kau sudah ceritakan semuanya
dan hari mati nanti
kau dan aku tidak punya lagi apa-apa rahsia

rule number 12

kalau ramai yang datang itu cuma untuk melacur
aku persilakan kalian untuk


BERAMBUS

si bodoh yang gila

untuk seorang lelaki yang pernah menjadi kawan
dan mengambil kekasih hati orang lain

YOU CAN GO TO HELL!

memang senang kau cakap
adat lah orang bercinta
sedangkan orang berumahtangga pun boleh bercerai berai
pernah kau fikir siapa yang menjadi punca
kalau bukan orang-orang seperti kau


sebaiknya aku mendoakan keselamatan kau
agar kau sentiasa bahagia

DAN BERHARAP KARMA CELAKA TAKKAN PERNAH SINGGAH MENGHADAP KAU