Sunday, September 30, 2012

rule number 13

aku masih lagi percaya
kalau kau mahu bicara tentang sesuatu
ceritakannya sehingga habis
kerana esok mungkin tiada peluang untuk kau bercerita lagi

siapa tahu
malam ini yang terakhir untuk kau dan aku
esok tiada lagi kau untuk bercerita
tiada lagi aku untuk mendengar
jangan pernah kecewa kalau jawapan yang kau terima semuanya hampa
sekurang-kurangnya kau sudah ceritakan semuanya
dan hari mati nanti
kau dan aku tidak punya lagi apa-apa rahsia

rule number 12

kalau ramai yang datang itu cuma untuk melacur
aku persilakan kalian untuk


BERAMBUS

si bodoh yang gila

untuk seorang lelaki yang pernah menjadi kawan
dan mengambil kekasih hati orang lain

YOU CAN GO TO HELL!

memang senang kau cakap
adat lah orang bercinta
sedangkan orang berumahtangga pun boleh bercerai berai
pernah kau fikir siapa yang menjadi punca
kalau bukan orang-orang seperti kau


sebaiknya aku mendoakan keselamatan kau
agar kau sentiasa bahagia

DAN BERHARAP KARMA CELAKA TAKKAN PERNAH SINGGAH MENGHADAP KAU

sorrow

bila diberi pilihan untuk menjadi apa yang kau mahu
kau tidak mampu untuk berfikir apa yang kau mahu
seterusnya kau memilih untuk menjadi orang lain dalam bentuk diri kau
kau sendiri yang membawa diri kau ke terjerumus ke lembah kesesatan

bila kau merintih meminta bantuan
tak pernah ada tangan yang mahu menghulurkan bantuan
kau berusaha sedaya upaya untuk keluar dari lembah kesesatan

tapi,
bila kau sudah punya daya untuk keluar
kau dihenyak semula oleh manusia-manusia rakus
cuba untuk menjatuhkan kau
takkan pernah senang melihat kau gembira

mereka lebih gembira melihat kau sengsara
ketawa kau cuma untuk sembunyikan derita
tanpa ada yang pernah mahu bertanya
apa khabar kau disana

bahagia?
derita?
sengsara?
celaka?


Saturday, September 29, 2012

Datang

datang cinta tak pernah di puja
datang sengsara tak pernah di duga
sudah menjadi adat di dunia
yang bermahkota memegang takhta
yang berbogel semuanya celaka

Tuesday, September 25, 2012

no doubt

kalau di beri peluang untuk keluar dari sini
sudah sememestinya aku mahu

tapi untuk apa aku keluar dari sini
kalau yang sentiasa menunggu di hadapan pintu
manusia-manusia yang kelaparan
mahu merobek keluar jantung aku

.....

kalau tidak mampu menghunus pedang
jangan pernah berani berlagak gaya seorang perwira


jangan pernah

jangan pernah di tanya kenapa aku masih disini
jangan pernah di tanya kenapa aku masih begini
jangan pernah di tanya kenapa aku tidak mahu berlari
jangan pernah di tanya kenapa aku masih tersenyum selepas di maki

tanya pada diri kalian sendiri
kenapa di biarkan seorang anak kecil di ikat tanpa tali
kenapa di biarkan seorang anak kecil tersadung kaki
kenapa di biarkan seorang anak kecil menangis kehilangan realiti

sekali lagi

sekali di hentak
tak selamanya melara
sekali dihenyak
tak selamanya melara

dan kalau sudah berkali-kali
minta dipijak dihentak dihenyak
mahu tak terpisah roh dan jasad?

Wednesday, September 19, 2012

beza kau dengan aku

aku menulis dengan hati
kau menulis dengan realiti

beza kau dengan aku ketara

aku suka lari dari realiti
kau suka dengan mentaliti realiti

rule number 11

teruskan apa yang kau sendiri
jangan berhenti!

without title

banyak yang terbuku
tapi tak pernah untuk di muntahkan
kalau ada yang sudi dengar pasti akan rasa menyampah

sebabnya kau sendiri tahu
keberadaan kau disini tak pernah di ketahui
walaupun niat kau murni
untuk bersatu
tapi kau di sisihkan

sayang bukan..
mungkin kau patut berhenti lakukan semua ini

Tuesday, September 4, 2012

exactly

tepat kata kau

yang aku sendiri sedang mencari

mencari seorang yang memahami aku

tapi aku takkan pernah berjaya

sebabnya kau sendiri tahu kan?

pecahan personaliti

kau tahu kenapa aku cuba menjadi yang lain

atau lebih tepat lagi "JOKER"

sebabnya dia punya sejuta satu persamaan seperti aku

mohon jangan tanyakan lagi kenapa aku begini begitu

jawapan aku sudah ada

dan aku mahu simpan sehingga semuanya selesai


gelap dan kosong

aku sendiri yang mengunci diri aku dalam ini

dalam bilik kosong gelap tak berpenghuni

untuk apa aku keluar sana

kalau yang aku dapat cuma sengsara


monolog bisu

diri ini punya hati
dalam hati minta simpati
takkan siapa peduli
kalau perasaan itu terperosok jauh dalam diri

ini aku
dunia aku sendiri
dunia aku cipta sendiri
berada dalam fantasi itu lebih baik
dari kau berada dalam realiti
yang wujud dalamnya
manusia-manusia yang tak punya simpati

ya sememangnya aku takut
takut untuk kembali ke realiti
sebab seksa itu aku tak sanggup untuk tanggung lagi

melodi bisu

selama ini aku hanya duduk dan berdiri
bersama manusia-manusia sarkastik
yang hanya tahu berada di atas
bila mampu untuk bertahan dengan memijak yang lain
sanggup meninggalkan yang lain untuk melepaskan diri sendiri
tanpa pernah ada perasaan simpati
walau yang di pijak itu meronta untuk di lepaskan dan kembali berdiri