Friday, December 30, 2011

explain

kau tahu apa makna cinta sayang dan rindu?
kau tahu apa makna kawan teman sahabat?
terangkan pada aku
kerana aku hampir tidak paham pada semuanya

maybe

mungkin aku harus pergi
pergi dengan setenang air di sungai
dalamnya tersirat arus deras
perasaan yang ada tak terungkap dengan kata-kata
mungkin juga perasaan ini harus di simpan dalam-dalam
dia bukan milik aku dan aku bukan siapa-siapa pada dirinya
aku seolah-olah pelangi yang terbit selepas hujan yang menyinari seketika
dan hilang bila kembalinya sinar mentari

lost

dari setiap kesedihan yang aku tanggung
akan wujud satu diri baru bagi aku
perjalanan aku masih jauh dan aku tak mahu berhenti
di pertengahan jalan
iringi aku kerana aku tidak mampu berjalan sendirian

Friday, November 25, 2011

keep

isinya aku simpan dalam-dalam
rasanya aku kuburkan tanpa tanda
sampai satu masa
aku akan cari semula
satu persatu

biar aku susah dahulu
kerana aku lebih selesa begini
aku tak mahu hilang kau dalam sekelip mata

new step

satu episod baru
ia sedang berlaku
antara kau dan aku
ini yang baru

bahagia kau dan aku takkan ada siapa tahu
mungkin sampai ke hujung usia kau dan aku
siapa tahu?

Wednesday, September 28, 2011

let it pass

dari setiap cinta laknat yang telah kau berikan
aku ucapkan terima kasih

aku takkan pernah menuntut apa-apa
cuma aku doakan kau bahagia sepanjang hayat
penantian sayang aku telah bertukar benci yang teramat dalam
terima kasih

Friday, September 23, 2011

janji

untuk setiap janji-janji yang pernah aku hamburkan dulu
terasa seperti sedang memakan jiwa aku sedikit demi sedikit




terdiam,terduduk sendiri
takkan ada siapa peduli

Monday, August 8, 2011

die

mahu belajar untuk hidup
tapi tak pernah di ajar
mahu di ajar untuk berdikari
jiwa sedang reput dan mati
berdiri sendiri
tak punya kaki
ahhhhhh
sedang sakit sendiri
tak siapa peduli

hell

aku mahu berhenti
berhenti melakukan segalanya
penat jiwa
hati hancur
luluh berkecai
siapa tahu?
siapa mahu?
beritahu
aku hampir mati
ya
mati dan meninggalkan jasad
mahu jalan sendiri tak punya daya
mahu di usung
berlagak sombong

Saturday, August 6, 2011

miss you

saat saat begini
potret wajahnya menjadi tatapan
untuk mengubat kerinduan
yang pergi tetap akan pergi
dia takkan kembali....

cubalah terima hakikat

kadangkala terasa seperti dia ada disisi
tapi...
itu cuma mainan minda
yang cuba menipu
untuk sedapkan hati..

Friday, August 5, 2011

bayang

perginya kau takkan kembali
dan juga tidak akan ada pengganti

aku masih lagi terbayang-bayang suasana di hari pemergian kau
masih lagi terngiang-ngiang
suara-suara kau memanggil aku
aku rindu panggilan itu

Thursday, August 4, 2011

pasrah

hancur berkecai
daging bersepahan

ambil dan kutip
mahu di sambungkan kembali
tak punya daya

akhirnya duduk sendirian
melopong
melihat kiri dan kanan
tiada siapa yang mahu menolong



Lelah

seni dalam jiwa
jiwa semakin kusut
ahh
rasa diri sedang di persetankan

Sunday, July 31, 2011

chance

apa-apa sahaja yang tersimpan
luahkan
sama ada diterima atau tidak
terserah

Thursday, July 28, 2011

potret

selepas ini tak kan lengkap potret itu
takkan ada lagi penyeri dari riak wajahnya
tapi akan aku pastikan
kau akan sentiasa wujud dalam diri aku

Wednesday, July 27, 2011

nothing

satu untuk engkau
satu untuk aku
dan kau pergi tinggalkan aku

Wednesday, July 20, 2011

lost!

sepertinya aku sedang hilang satu persatu
arah dalan hidup sendiri
mahu saja aku berjalan sendirian tanpa arah
tapi untuk apa?
setiap perkara perlu ada tujuan bukan?

Sunday, July 17, 2011

less

aku dah penat untuk
hidup mati
hidup mati
sampai berapa kali pun aku tak tahu

Monday, June 20, 2011

kakak

kak kau tau tak
masuk kali nie
dah kali ke 2 aku nanges kak
aku bace blog adik tadi
tak sangke smpai cmtu skali kak...
sumpah aku dapat bygkn cmne keadaan kau skrg nie
kak
nanti aku balik
aku nk tgk kau senyum
aku nk tgk kau ketawe
kalau nanti aku balek
aku xnak balek tmpt blaja aku lgi dah
aku nk temankn kau kak
kak
banyak kngn kite adik bradik kak
takkan kau dah lupe sume tu
nti aku balek
aku akn buat kau igt sume tu
nie jnji aku!!!!

Sunday, June 19, 2011

kak...

kak
kite berjuang same2 ye...
aku sayang kau sangat
smoge cepat sembuh
kau tunggu aku ye
aku balik nanti
aku nk jage kau
aku nk teman kau
setiap mase
setiap saat
setiap nafas
setiap degupan jantung aku
aku pastikan aku akan ade bersame kau
aku sayang kau kak
kau cepat lah sembuh
aku tak nak tengok kau sakit
aku tak sanggup tgk kau keadaan cmni kak
kau tau sebab ape aku tak balik?
sbb aku tak nak tgk keadaan kau sekarang kak
kalau aku tgk msti aku nangis
aku tak nak cmtu
aku nak kau sihat
aku nak tengok kau senyum mcm dulu
aku nak tengok kau ketawe kak
kau taw kak
kadang2 aku lupe nk doakan untuk kau sihat
aku mintak maaf kak
tapi
pasni aku xkan lupe stiap saat untuk doakan kau sihat cm dulu kak

Thursday, June 9, 2011

redeem

kau bahagia
aku senyum
kau derita aku tolong
tapi bila aku sengsara?
kau tinggalkan
terima kasih...

Wednesday, June 1, 2011

failure

dunia kita tak sama sebenarnya
memang cukup-cukup jauh bezanya
aku boleh masuk dunia kalian
tapi langkah kan terberhenti bila aku mahu singgah ke sana
sumpah aku sedang cuba

dan kalian
aku tak harap kalian boleh masuk ke dunia aku
cukup kalian paham siapa aku
apa aku mahu
tahu di mana dunia aku
jangan cuba-cuba utuk singgah
jangan cuba-cuba untuk melihat
kerna apa yang kalian lihat takkan sama apa yang kalian dapat

you dont need to do what people do
but you just do what you want to do

Tuesday, May 31, 2011

please

tolong jangan kepung aku dengan awan-awan hitam kalian
aku tak mahu itu
aku mahu kebebasan
aku mahu ruang untuk aku bernafas
beri peluang kepada aku
TOLONG.......

Sunday, May 29, 2011

missing

umur kau dan aku berbeza
sampai bila-bila umur kita takkan sama
tapi aku juga akan mencecah umur yang sama bila tiba masanya

pengalaman kita berbeza
tapi jalan cerita tetap sama dan penghujungnya lebih kurang saja
cuma akan ada dua jalan sahaja

lost

kalau aku sudah punya teman
aku tidak mahu kau hilang
hilang seketika aku mampu terluka
bagaimana pula sekiranya kau cuba berlari dari aku
ahhhhhhhh
jangan aku tidak mampu hadapi itu
kerna kamu teman aku
biar sampai mati
kau masih lagi teman aku

BUKAN KAWAN TAPI TEMAN
aku SAYANG KALIAN

Thursday, May 19, 2011

fight

bicara dalam hati
lebih baik dari aku muntahkan caci maki
yang boleh buat kau mati

Tuesday, May 17, 2011

trying

negative + negative = positive

kalaulah teori cinta sama seperti ini
pasti kau dan aku akan bahagia

answer

apa tunggu jawapan dari kamu
apa pun jawapan kamu
pastinya aku akan terima dengan senyuman di bibir

biar jiwa menderita tak mengapa
asal kamu nampak senyuman itu
aku sudah cukup bahagia

pastinya kau tertanya-tanya
aku ini lelaki jenis apa
yang tidak mampu membuatkan keputusan

bukan aku tidak mahu
tapi aku tidak sanggup untuk menipu
harap kamu paham


Monday, May 16, 2011

........

nah
ini hampir ke penghujung
dan kalau kamu mahu berikan aku peluang kedua
pasti aku akan gunakan sebaiknya
dan tidak akan aku ulangkan penyesalan yang pertama

tapi yang pastinya peluang kedua tidak akan wujud
mahu atau tidak
aku harus perjuangkan penyesalan yang pertama
agar derita tak datang bertimpa

Thursday, May 12, 2011

pass

maafkan aku kalau aku tidak lagi menghubungi kamu
maafkan aku kalau mesej yang kau terima bukan lagi dari
maafkan aku kalau sayang terhadap kamu kian pudar

bukan niat untuk menyakitkan hati kamu
bukan niat melukakan hati kamu
tapi aku
aku rasa sudah cukup aku mengharap balasan cinta dari kamu


sungguh terasa bodoh bila jadi lelaki yang kerjayanya
cuma hanya ingin mengejar cinta
tapi ada satu hal kamu harus tahu
cinta sejati takkan pernah wujud waktu-waktu sebegini
semuanya hanya mainan nafsu semata

dari kau mengejar cinta
lebih baik kau mengejar cita-cita
masa depan lebih penting dari segalanya



Tuesday, May 10, 2011

not enough

aku padamkan resah
aku tanamkan tabah
tapi baja sokongan aku tidak pernah cukup
aku mahu lagi
apa yang ada tidak cukup untuk menghidupkan
andai layu
jangan tanya kenapa
pasti jawapan sudah kau ada











aku rasa aku mahu berhenti
berhenti dari mendalami jiwa kau
berhenti dari menyelam ke alam kau
aku penat untuk bertarung sendirian
aku penat untuk berjalan keseorangan



kau tak pernah ada untuk aku

Monday, May 9, 2011

romance

kontradiksi dalam dunia khayalan

kalau hati kuman itu bisa di lapah
pasti akan ada kenduri tahlil menjelang senja nanti

Friday, May 6, 2011

regret

kau ada kekasih kau sayang
kau ada cinta kau belai
kau ada rindu semua untuk dia

**************
kan bagus kalau
semuanya kau hadiahkan kepada yang melahirkan kau
yang membesarkan kau
yang menjaga kau
dari tidak mengerti apa
sampai aku boleh jejak ke mana-mana sahaja

*******************

aku juga kadang-kadang begitu
maafkan aku ibu
kerna aku serng mencari kasih dan sayang di tempat lain
sedangkan kasih dan sayang kau terhadap aku tak pernah terputus

rosak

dalih-dalih cinta kamu
sering aku balaskan dengan senyuman
bukan mahu buktikan aku seorang loser
tapi untuk kamu tahukan
yang aku enggan untuk berbicara dusta

Wednesday, May 4, 2011

halusinasi cinta jalang

bermain kata lebih baik dari hidup tanpa bicara
manusia sememangnya gila
sanggup mati dan hidup kembali berjuta kali
semata-mata untuk cinta jalang

dalam cinta semuanya sama
ketawa,gembira,sedih,duka,merana
berulang-ulang kali dirasa
tapi masih ramai lagi yang menagih cinta
dan aku salah seorang dari mereka

terasa bodoh bukan
bila hidup dalam dunia cinta ini
tapi aku merasakannya tidak sama sekali
biar penat mana mengejar cinta
janji kepuasan bakal aku rasa di penghujungnya
aku tidak mahu nikmat sementara cinta
tapi aku mahu nikmat cinta hingga akhir usia

card

pemain kad
dan aku memegang kad terakhir sebelum ianya dibuka
pertaruhan besar telah aku letakkan di atas kad ini
antara hidup dan mati juga mungkin
bila ianya dibuka
jawapan sudah pasti akan ada

Monday, May 2, 2011

silent

kalau angin mampu sampaikan pesan
mahu saja aku tujukan luahan hati ini kepada si dia

kalau hujan mampu mengikut perasaan
pasti saja hari-hari mendatang mendung tak berperasaan

kalau ombak mampu membelah pantai
sudah lama ku biarkan ianya berlaku

ah
aku sudah penat untuk mengejar cinta
aku sudah penat bermain kata-kata
aku sudah penat memujuk hati yang lara

ada baiknya aku diam seketika
melihat dunia tanpa si dia
keseorangan itu sudah biasa
tapi adakah sama tanpa ada dia?

new start

dari mana harus ku mula
sedang aku sering tertanya tanya
gambarannya sudah ada
di kiri menuju syurga sementara
sedangkan yang kanan jalannya tidak seindah rupa

Sunday, May 1, 2011

penagih cinta basi ii

Mungkin dalam diari cinta kita tak pernah wujud kenangan terindah

Tapi aku cuba sedaya upaya untuk wujudkan memori itu

Aku kongsikan suka duka kehidupan aku kepada kamu

Dan berharap kamu dapat menyelami dunia seorang lelaki

Yang menagih cinta kamu

Dan berharap cintanya di balas

Bukan dengan senyuman manis semata

Tapi dengan kenangan terindah hingga akhir hayatnya

penagih cinta basi

Kata hati takkan siapa mengerti

Dan sesungguhnya aku seorang penagih cinta si dia yang hidup dan mati berjuta berkali

Untuk aku dapatkan cintanya

Mahu saja aku keluarkan hati ini

Agar dia dapat melihat hati si penagih cintanya yang tegar

Yang tak pernah berputus asa

Yang juga hampir berkecai bila cintanya tak pernah di pulangkan kembali

Friday, April 1, 2011

aku rindu kamu yang dulu

kalau aku punya pisau di tangan sekarang ini
sudah lama aku belah dada ini
agar bisa aku tahan hatiku supaya berhenti menangis
akan aku kesat titis titis airmata yang mengalir di hati ini
masakan mampu aku tahan
bila aku disini menanggung rindu tak berhenti
sedangkan aku tidak mengerti apa yang terjadi

kalau derita dia mampu di pindahkan
aku rela menerimanya tanpa sebarang bicara
sungguh aku rela
kerana aku tidak sanggup melihat dirinya menanggung derita itu

aku sudah lama tidak melihat riak wajahnya ceria
adapun cerianya tidak seperti dulu
tidak ada senyuman manis yang boleh aku lihat
dan aku sekarang hanya mampu berdoa
agar di kuatkan semangat ke atas dirinya

Friday, March 25, 2011

dulu takkan serupa

aku sudah bosan mendengar ayat
'aku dulu lagi teruk.......'
bangsat semuanya
dulu dan sekarang takkan pernah serupa
yang dulu tetap dah berlalu
ya aku tahu
aku tidak wujud di masa dulu kamu itu
kamu boleh menipu

dulu takkan pernah serupa dengan sekarang
semuanya berbeza
kalau dulu dan sekarang tetapnya serupa
mana mungkin generasi kita mampu melangkah

Sunday, March 13, 2011

Tuesday, March 8, 2011

buat kamu




aku ingin menjadi bayang kamu
agar aku dekat dengan kamu selalu
aku ingin kamu menjadi bidadariku
agar kamu tak pernah hilang dari pandanganku

aku rindu senyummu
aku rindu tawamu
dan aku rindu segalanya tentang kamu
kerna kamu cinta hatiku


Monday, March 7, 2011

aku takkan pernah menyesal mencintai kamu
aku takkan pernah menyesal menyayangi kamu
kerna kamu cinta hati ku
bila di sisi kamu
aku merasa lebih selesa

Monday, February 28, 2011

bicara ......

angguk itu tanda setuju bukan?
angguk itu tanda patuh bukan?
tapi untuk apa kita mengangguk sedangkan
dalam hati punya bicara yang tak sama seperti yang di gambarkan
dari paras rupa
sumpah seranah semua kau hamburkan di dalam hati

terang dan nyata bicara tentang hati
takkan ada sesiapa yang mengerti

Saturday, February 26, 2011

pentas tari kontemporari

hebat bukan anak remaja kita sekarang
di biar berpeleseran tanpa ada arah tujuan
dan lewat malam sebegini berkumpul beramai
mengadakan pesta keramaian
bertepuk gembira syaitan-syaitan di sekeliling
melihat pentas tari anak-anak muda
sambil di temani cecair anggur yang diperam

Friday, February 25, 2011

hati mati

kini aku hanya menulis luahan hati
ya
luahan hati yang telah lama mati
yang telah kalian bunuh sejak aku menapak disini

sejak aku menjejakkan kaki di sini
tidak banyak yang aku belajar
di sini aku cuma di ajar supaya hidup menjadi kuli
ya kuli yang hina yang sering di maki
kamu semua tahu yang aku juga punya hati
tapi kenapa kalian tidak tahu menjaga hati ini
di sini aku sudah puas menjaga hati kamu semua
aku betul-betul sudah cukup penat untuk menjaga hati kamu semua
sedangkan hati aku memang cukup tersiksa
ada juga kadangkalanya hati ini mengajak aku untuk memberontak
tapi untuk apa
aku sedar yang diri aku di sini cuma kuli pencacai yang tidak punya apa-apa

tepuk sebelah tangan sudah cukup

kamu orang semua hebat bukan?
jadi biarkan aku seorang duduk di belakang dan melihat
bukan aku tidak mahu ke depan
setiap kali aku hendak menapak
aku di henyak dan disuruh supaya berjalan ke belakang
kalian sudah cukup hebat bukan?
jadi tak usah bertanya pada aku apa
tak perlu minta pertolongan apa-apa dari aku
kerna kalian memang sudah cukup hebat
jadi buat masa ini aku mahu berhenti untuk menolong
kerna kalian memang sudah cukup hebat


Thursday, January 20, 2011

strive

teruskan apa yang kau perjuangkan
jangan pernah berhenti
kerna
jalan ini yang pernah kau pilih dulu
tidak ada siapa-siapa yang mahu memaksa
jalan ini yang pernah kau pilih dulu
tidak ada siapa-siapa yang menghalang

Saturday, January 8, 2011

serial 1

jangan pernah menangis bila kalian tersiksa
jangan pernah mengeluh bila peluh bercucuran jatuh
jangan pernah memberontak bila di paksa menggunakan otak

satu pesanan untuk kalian semua
jangan pernah berhenti tersenyum