Saturday, July 31, 2010

aku bukan doktor yang mampu merawat luka
aku bukan pawang yang mampu merawat rasukan
aku bukn psychitrist yang mampu merawat si gila
aku hanya insan biasa
yang tak mampu berbuat apa-apa
apa yang hanya mampu aku lakukan
hanya berkata-kata
kadangkala
kata-kataku juga tak bisa diterima oleh semua

AKU III

aku masih lagi boleh tersenyum
aku masih lagi boleh ketawa
aku masih lagi boleh gembira
sedangkan
hatiku berduka
hatiku merana
batinku tersiksa
lumpuh segala hasrat untuk bermanja
hilang segala firasat untuk meneka
sekarang
aku hanya mampu bermain dengan kata-kata
seolah-olah si gila
yang tak punya apa-apa dalam
HIDUPNYA
umpama panah yang ditujukan padaku
tepat tujuannya
terkena jantungku
merobek seluruh tubuhku
bila ianya dikeluarkan
sakitnya umpama luka
yang ditambah hirisan limau
membuatkan tubuhku
lemah tak bermaya
Menanti bicaramu menyambut kataku...
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku..
Hadir cahayamu menari dimataku..
Lembut jiwa menyambutku..
Mimpi kita bersatu..

Dan ku mengharap
Sinar hatiku bertemu

Friday, July 30, 2010

Kita II

di pantai yang sama
aku masih lagi berdiri
menanti khabar dari angin
sempat juga aku melihat pada sang bulan
kelam di kegelapan malam
seolah-olah
cuba melarikan diri dariku
lalu aku beralih pandanganku kepada bintang
yang terbitnya indah
ia juga pun sama seperti si bulan
seolah-olah cuba melatikan diri dariku
apakah ini satu petanda yang aku dan mereka
tidak puya apa-apa

Kita

Pantai yang pernah menjadi saksi persahabatan kita
sebelum ini
aku pergi kepadanya semalam
sempat jua aku bertanya pada angin
adakah ada berita untuk aku pada hari ini
angin diam membisu dan terus bertiup
lalu aku ajukan soalan itu pada ombak
ombak serupa juga seperti angin
dan aku masih lagi di situ
menunggu khabar gembira

Thursday, July 29, 2010

AKU II

aku bukan membenci
cuma aku masih lagi tak mengerti

AKU

aku hanya mampu melihat
aku hanya mampu mendengar
tapi aku tak bisa untuk berkata-kata
untuk menghuraikan segalanya

Tuesday, July 27, 2010

far

Tunjuk satu bintang
bintang itu akan hilang
umpama aku dan dirimu
kita tidak mungkin bersama
biarlah aku sendiri
pergi membawa diri

roselia

Simpan semua kenangan
Aku bukukan di dalam hati
Mungkin esok atau lusa
Akan aku buka
Helaian demi helaian
Agar aku masih ingat hari semalam

retorik

Selari bersama bintang
cuba mengorbit bulan
hilang di sebali kabus
muncul di balik awan
terbang bersama unggas
tenggelam bersama karang
Dia hanya cuba
merungkai mimpi semalam

Hari ini

Kata-katanya
hanya ingin menutup kesilapan
Sehingga semalam aku masih ditipu oleh dustanya
Tapi hari ini semuanya terungkai

Kelam

Di payungi awan
Disinari bulan
Kelam dalam kegelapan malam
Muncul bila siang

Dia II

Di atas tilam
ditemani bantal
dipayungi atap
di tiup angin kipas
leka memikirkan Dia

Dia

insan pertama yang aku benar-benar cinta
insan pertama yang aku benar-benar sayang
insan pertaman yang buat aku benar-benar bahagia
buatkan aku
siang dan malam tak lena
memikirkan tentang dirinya

Adakah aku bakal bersamanya
hingga ke akhir nyawa
Aku dan Dia
tak sama juga berbeza
hanya yang ada cuma cinta

Sunday, July 25, 2010

satu jalan

hanya satu jalan yang tinggal
hati tidak bisa memilih
hanya perlu meneruskan perjalanan
hanya jiwa yang cekal
mampu hadapi semua rintangan
andai di lambung ombak
di tiup taufan
di hujani batu
perjuangan mesti di teruskan

wasilah

bertanya pada angin
adakah aku bisa selalu
dapat melihat sinaran sang bulan
bulan itu tak bercahaya tanpa matahari
tapi aku benci pada matahari
lalu datang sang hujan
turunnya gerimis
ditemani tiupan angin
lenyap snag hujan
muncul sang pelangi
indahnya alam ketika itu
disinari pelangi

Friday, July 23, 2010

KARAM

si pengembara lautan
mengemudi sampannya
hanya berbekalkan semangat yang waja
di teruskan pengembaraannya
patah kemudinya di tengah lautan
si pengembara diam tanpa bicara
tanpa berbuat apa-apa
hanya menunggu sampannya
karam di lautan yang berombak

Thursday, July 22, 2010

DUNIA

gelapnya dunia
hanya disinari lampu pelita
bayangkanlah
dengan hanya pandangan yg terbatas
ingin mencari di mana letaknya permata
disebalik timbunan kaca

begitulah hidup seorang manusia
pandangan kita terbatas
akan tetapi akal dan fikiran mampu merungkai segalanya
hanya yang gila mampu berfikir di luar kotak
biar jauh berfikiran
jangan cetek pemikiran

Tuesday, July 20, 2010

khayalan

khayalan hanya sekadar muncul
untuk menghiburkan hati yang sengsara
biar perit mana hati terluka
khayalan bisa menghilangkannya
walau hanya sementara
ia cukup untuk seorang
INSAN BIASA YANG HIDUP DI DUNIA NYATA
duka terpampang dimuka
tatkala insan lain merasa bahagia
mengapa dirinya begitu sengsara???

sebelum tidur

sepuntung rokok jenama winston dibakar
sekadar ingin menghabiskan sisa hidup hari ini
sebelu merasai nikmatnya tidur
apabila habis tembakaunya di bakar
lelaplah mataku
andai ada esok untukku
kita bisa ketemu

Friday, July 16, 2010

malam

ligatnya akal manusia berfikir
dikala duduk sendirian
menatap bayu laut
ditemani desiran ombak
disinari sinaran sang bulan
dipayungi kerlipan bintang diangkasa
menyerikan lagi keindahan malam
pesisir pantai bertaburan sampah sarap
hinaya manusia yang merobek keindahan pantai ini
andaiia bisa berkata-kata
akan diherdiknya manusia yang hina itu
sepuntung roko dinyalakan
berbual bersama-sama mereka
yang masih lagi kental jiwanya
menemani sang bulan yang kesepian





12/07/10

Thursday, July 15, 2010

nikmat pagi ini hanya sementara
nikmatilah ia seadanya
bukan semua manusia dapat merasai
kerana masih ramai lagi yang lena
dibuai mimpi sang syaitan yang menyesatkan manusia
umpama hujan
turunnya hanya seketika
ingin menyamankan udara
tapi manusia tak pernah menghargainya
sedangkan itulah nikmat yang diberikan olehNYA

bila

bila kata-kata tidak dapat diucap oleh mulut
muka menunjukkan reaksi tak bermaya
bukan ingin berahsia
tapi sekadar ingin lagi menyimpan apa yang di rasa

Monday, July 12, 2010

tangan

bila tangan mula mendayung

letakkan segala tenaga kepadanya

agar menuju ke destinasi yang dicita
ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung
dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.
pernah dulu kita bersama
kau ceriakan segalanya
tpi kini bila semuanya hilang
tinggalah aku umpama badai tak bernyawa

Friday, July 9, 2010

kawan

kita ada seorang kawan
selepas itu kita diperkenalkan lagi kepada seorang kawan
belum sempat kita berkenalan rapat dengan kedua-duanya
datang lagi seorang kawan yang ingin berkawan dengan kita
lalu bertambah lagi seorang kawan dalam hidup kita

tapi...........
belum sempat kita bermesra-mesra
bermanja-manja
nikmat kita ditarik seketika
sedangkan
masa itu
baru sahaja kita ingin merasa betapa bahagianya diri kita
jangan kita marah kepadaNYA
mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku
memang dah ditakdirkan
yang hidup kita hanya sementara
sayangilah apa yang kita ada
hargailah sementara ia ada
andai dia pergi untuk selamanya
doakan yang terbaij untuk dirinya disana
itulah makna
PERSAHABATAN yg sebenarnya
bila janji sudah terikat
tiada sempadan yang bakal menggugat

Thursday, July 8, 2010

peluang

peluang berbicara hanya datang sekali
katakan lah apa yang kau ingin perkatakan
selagi mana telinga boleh mendengar dan menerima
lantang bicara dari mulut berbisa

Thursday, July 1, 2010

fikiran yang waras ligat berputar
mencari jawapan yang terbuku di dalam hati si gila
si penulis buta
masih lagi menaip
bait-bait kata-kata sang pujangga
dengan harapan ada yang memujanya
tpi harapan itu sia-sia
kerana jawapannya sudah diketahui lama