Friday, December 30, 2011

explain

kau tahu apa makna cinta sayang dan rindu?
kau tahu apa makna kawan teman sahabat?
terangkan pada aku
kerana aku hampir tidak paham pada semuanya

maybe

mungkin aku harus pergi
pergi dengan setenang air di sungai
dalamnya tersirat arus deras
perasaan yang ada tak terungkap dengan kata-kata
mungkin juga perasaan ini harus di simpan dalam-dalam
dia bukan milik aku dan aku bukan siapa-siapa pada dirinya
aku seolah-olah pelangi yang terbit selepas hujan yang menyinari seketika
dan hilang bila kembalinya sinar mentari

lost

dari setiap kesedihan yang aku tanggung
akan wujud satu diri baru bagi aku
perjalanan aku masih jauh dan aku tak mahu berhenti
di pertengahan jalan
iringi aku kerana aku tidak mampu berjalan sendirian