Sunday, August 29, 2010

tanya?

aku tertanya-tanya
pada diriku sendiri
kenapa perlu ada manusia
yang kononnya hebat berbicara
perihal org lain
tapi diri sendiri
KOSONG
konon dialah hebat
gah mendabik dada
tak sedar akan membangkit amarah orang lain
hey!!!
sedarlah kau bukan siapa-siapa
untuk berbicara
tak layak untuk kau berkata apa-apa
tak sehebat gunung
terpasak teguh di atas bumi
tak seindah laut
birunya sebiru langit
tak sehebat matahari
yang memancarkan cahaya yang mampu menerangi alam
hanya manusia biasa
yang banyak melakukan kesilapan

tak

tak terungkap dek kata-kata
hanya sekadar mampu membisu tanpa bicara
bila hati tak bisa menilai apa yang ada didepan mata

let me

let me be alone in my world
keep me in your mind
that i'm not your true friend

Friday, August 27, 2010

ruang Maya

hidup kita di dunia ini indah
tapi tak siapa pun
yang menyedari kewujudan aku
kadangkala aku rasa
hidupku lebih indah
jika sendirian
hidup didalam ruang maya
yang aku cipta sendiri
ya!!
itu lebih bermakna untuk aku
dari hidup ku hanya diperguna
oleh manusia-manusia bangsat
yang sekadar hipokrit di hadapan mata

Thursday, August 26, 2010

sememangnya

sememangnya fikiran kita berbeza
keistimewaan kita juga berbeza
hidup kita juga berbeza
tapi ada satu benda yang pasti dan nyata
dalam persamaan kita
yang kita adalah insan biasa

Monday, August 23, 2010

ingin

kadangkala aku ingin sekali
kau selalu berada disisiku
menemaniku sepanjang masa
selalu aku terbayangkan
saat-saat indah
bila kau bersamaku
ingin juga aku
mendengar cerita-cerita dari mulutmu sayang
biar pun kau sekadar dongeng kepadaku
akan ku percaya semuanya
kerana aku seronok bila kau ada dihadapnku
bercerita tentang semua
semua yang kau ada
aku gembira melihat kau ada dihadapanku
melihat manis wajahmu
tersenyum ceria

asap

tatkala aku bosan menanti sinar bagi
asap menjadi peneman disisi
tanpa ada siapa-siapa mengerti diri ini
hidupku kosong
tercari-cari
apa erti
disebalik semua ini

turnes

kebuntuan dalam mencari penyelesaian
adakah aku bersalah terhadap dirimu
adakah aku ini sekadar hiasan dimata kamu??

tari

lemah gemalai tubuhnya
meliuk lintuk mengikut alunan irama
tak siapa yang mampu menghalangnya
kerana disitu letak cita-citanya
biarkan dia menari mengikut irama kesukaannya
habis muziknya
diulangi semula
begitulah dirinya
jangan cuba dipaksa untuk diubah

helang

aku ingin terbang bebas
seperti helang

Sunday, August 22, 2010

gamela

lembayung senja melabuhkan tirainya
gelapnya malam
penghuni-penghuni dunia sedang lena di buai mimpi
aku sendiri
hanya ditemani gelap malam
puncanya hati ini kelam
sedang mencari erti sebenar hidup
kadangkala ingin memberontak
kadangkala inginkan kedamaian

Friday, August 20, 2010

granga

gemersik alunan biola
mengalun lagu simfoni
indahnya hidup pemainnya
lagu-lagu darinya
mendamaikan jiwa

Wednesday, August 18, 2010

bosan

aku akui
yang hidup aku sekarang
semakin bosan
bosan melihat telatah manusia
yang hipokrit!!!

Hati

cuma ada satu hati
yang perlu di jaga sebaiknya

biar

tak pernah sedar
yang bulan itu
sebenarnya
tiada cahaya

hey kawan!!

hey kawan
kau tahu
hati yang dulu pernah kau sayangi
hati yang dulu kau cintai
dia datang kepadaku
dia bercerita kepadaku
perihal diri kau
kenapa kau sanggup buat hati itu sedemikian rupa
tergamak diri kau
biarkan dirinya
tertanya-tanya
ternanti-nanti
apa yang kau cuba sampai kan sebenarnya?
kau cuba bermain cinta dengannya?

Tuesday, August 17, 2010

dunia

kenapalah masih wujud lagi
manusia-manusia bangsat ini
kononnya mereka hebat untuk mengajar
tapi isi yang di sampaikannya
kosong
ramai yang tidak dapat menerimanya
adakah cuba menarik perhatian
atau sekadar ingin berhibur
mencari kesalahan orang lain
manusia oh manusia
aku rasa kau tak perlu hidup disini
tempat kau bukan disini
hidup kau sekadar untuk dibenci

sama

pagi ini
hampir sama seperti semalam
tinggal keseorangan
tanpa ada teman disisi
tanpa ada teman ingin bicara
hanya aku sendirian
dalam kegelapan
mengimbau kenangan silam
memikirkan masa depan
kadangkala
aku sendiri pun tidak tahu
apa yang aku fikirkan
di benak hatiku
aku cuma inginkan
KETENANGAN

sama

Monday, August 16, 2010

cuma ada satu perkara yang aku ingin katakan
aku sedang khayal
dalam duniaku sendiri
ruang yang aku wujudkan sendiri

Sunday, August 15, 2010

Penipu

kau kata kau cinta padanya
sayang padanya
tapi kau berdusta
ramai wanita yang ada bersama kau
kau hancurkan hati dia
kau mainkan perasaan dia
mungkin dia bukan siapa-siapa untukku
tapi dia sahabatku
dia sering meluahkan kepadaku

Datang


Hari ini aku datang bukan untuk bertemu kau sayang aku hanya datang untuk melihat kau aku datang ingin melihat kau bahagia aku datang ingin melihat kau tersenyum senyummu itu begitu indah membuatkan aku merasa bahagia lenyap seketika semua derita yang ada

Friday, August 13, 2010

si Gila

aku tak sehebat saintis yang mampu merekacipta
aku tak sehebat jurutera yang mampu membina
aku tak sehebat doktor yang mampu merawat
aku tak sehebat guru yang mampu mengajar
aku hanya si gila
ya!!
si gila yang hidup di dunianya
si gila yang angan-angan menjadi tuhannya
si gila yang tak kenal siapa-siapa di dunia
leka dengan dunianya
tak mengerti apa itu cinta
apa itu kasih
apa itu sayang
yang ada padanya
cuma kata-kata dusta
sekdar ingin menghiburkan manusia

bibila

aku mengejar itu
aku mengejar ini
tapi di hujungnya
apa yang aku dapat
hanya kecewa semata

Monday, August 9, 2010

Sayang II

genggam erat tanganku sayang
aku tak mahu kau terlepas
dari pegangan tanganku
aku mahu kau sentiasa berada di sampingku
tatkala aku menderita
kau membahagiakan aku
buat aku terlupa seketika
apa yang mmbuatkan aku menderita
tak semua yang aku kenali
seperti dirimu
yang sentiasa ceria
mengindahkan lagi
hari-hari hidupku

Sayang

mari kesini sayang

aku perlukan kau

tatkala aku kesunyian

aku kesepian

aku perlukan kau

di sampingku

aku inginkan dirimu

untuk aku bercerita

untuk aku berkongsi apa yang ada

sekadar ingin meluahkan apa yang dirasa

aku tak bermaksud apa-apa

cuma aku merasa bahagia bila bersamamu

Gelap

aku disini mencari lorong gelap
yang tidak berpenghuni
tersorok dari pandangan manusia
aku rela bersendirian
hidup dalam kekosongan

Sunday, August 8, 2010

KAU!!!

petang ini aku menanti
menanti apa yang akan terjadi
keesokan hari
menghadap si gila
yang tak pernah kenal erti hormat menghormati
si gila yang kurang tatasusila nya
si gila yang kononnya hebat dalam hidupnya
si gila yang kononnya dewasa dan hiudp berdikari
ramai yang di sakiti hatinya
ramai yang menanti
membalas segala apa yang diterima dari si gila ini

Tuesday, August 3, 2010

Kenapa??

kenapa mereka sengaja mencari kesalahanku??
kenapa aku seringkali di persalahkan
hanya kerana satu kesilapan kecil
yang aku lakukan
baru sekali
aku di herdik
umpama haiwan yang tak berperasaan
bukan alasan yang aku berikan
tapi itulah kenyataan
tolonglah terima apa yang aku nyatakan
aku bukan menipu
aku bukan berdusata
tapi itu lah kenyataan nya

Lelaki

seorang lelaki
yang dulu air mukanya penuh dengan senyuman
gelak tawa yang ceria sepanjang masa
penuh dengan cerita-cerita dongeng
untuk menghiburkan semua rakannya

kini
semuanya hilang entah ke mana
hanya kerana mereka-mereka
yang kononnya dewasa
meragut segala apa yang ada pada dirinya

lelaki yang dulunya riang,ceria
kini diam membisu seribu bicara

LOsT

when i walk alone
i will lost
again and again make a same mistake
i need someone to stay beside me
bring me back to my normal life