Tuesday, May 31, 2011

please

tolong jangan kepung aku dengan awan-awan hitam kalian
aku tak mahu itu
aku mahu kebebasan
aku mahu ruang untuk aku bernafas
beri peluang kepada aku
TOLONG.......

Sunday, May 29, 2011

missing

umur kau dan aku berbeza
sampai bila-bila umur kita takkan sama
tapi aku juga akan mencecah umur yang sama bila tiba masanya

pengalaman kita berbeza
tapi jalan cerita tetap sama dan penghujungnya lebih kurang saja
cuma akan ada dua jalan sahaja

lost

kalau aku sudah punya teman
aku tidak mahu kau hilang
hilang seketika aku mampu terluka
bagaimana pula sekiranya kau cuba berlari dari aku
ahhhhhhhh
jangan aku tidak mampu hadapi itu
kerna kamu teman aku
biar sampai mati
kau masih lagi teman aku

BUKAN KAWAN TAPI TEMAN
aku SAYANG KALIAN

Thursday, May 19, 2011

fight

bicara dalam hati
lebih baik dari aku muntahkan caci maki
yang boleh buat kau mati

Tuesday, May 17, 2011

trying

negative + negative = positive

kalaulah teori cinta sama seperti ini
pasti kau dan aku akan bahagia

answer

apa tunggu jawapan dari kamu
apa pun jawapan kamu
pastinya aku akan terima dengan senyuman di bibir

biar jiwa menderita tak mengapa
asal kamu nampak senyuman itu
aku sudah cukup bahagia

pastinya kau tertanya-tanya
aku ini lelaki jenis apa
yang tidak mampu membuatkan keputusan

bukan aku tidak mahu
tapi aku tidak sanggup untuk menipu
harap kamu paham


Monday, May 16, 2011

........

nah
ini hampir ke penghujung
dan kalau kamu mahu berikan aku peluang kedua
pasti aku akan gunakan sebaiknya
dan tidak akan aku ulangkan penyesalan yang pertama

tapi yang pastinya peluang kedua tidak akan wujud
mahu atau tidak
aku harus perjuangkan penyesalan yang pertama
agar derita tak datang bertimpa

Thursday, May 12, 2011

pass

maafkan aku kalau aku tidak lagi menghubungi kamu
maafkan aku kalau mesej yang kau terima bukan lagi dari
maafkan aku kalau sayang terhadap kamu kian pudar

bukan niat untuk menyakitkan hati kamu
bukan niat melukakan hati kamu
tapi aku
aku rasa sudah cukup aku mengharap balasan cinta dari kamu


sungguh terasa bodoh bila jadi lelaki yang kerjayanya
cuma hanya ingin mengejar cinta
tapi ada satu hal kamu harus tahu
cinta sejati takkan pernah wujud waktu-waktu sebegini
semuanya hanya mainan nafsu semata

dari kau mengejar cinta
lebih baik kau mengejar cita-cita
masa depan lebih penting dari segalanya



Tuesday, May 10, 2011

not enough

aku padamkan resah
aku tanamkan tabah
tapi baja sokongan aku tidak pernah cukup
aku mahu lagi
apa yang ada tidak cukup untuk menghidupkan
andai layu
jangan tanya kenapa
pasti jawapan sudah kau ada











aku rasa aku mahu berhenti
berhenti dari mendalami jiwa kau
berhenti dari menyelam ke alam kau
aku penat untuk bertarung sendirian
aku penat untuk berjalan keseorangan



kau tak pernah ada untuk aku

Monday, May 9, 2011

romance

kontradiksi dalam dunia khayalan

kalau hati kuman itu bisa di lapah
pasti akan ada kenduri tahlil menjelang senja nanti

Friday, May 6, 2011

regret

kau ada kekasih kau sayang
kau ada cinta kau belai
kau ada rindu semua untuk dia

**************
kan bagus kalau
semuanya kau hadiahkan kepada yang melahirkan kau
yang membesarkan kau
yang menjaga kau
dari tidak mengerti apa
sampai aku boleh jejak ke mana-mana sahaja

*******************

aku juga kadang-kadang begitu
maafkan aku ibu
kerna aku serng mencari kasih dan sayang di tempat lain
sedangkan kasih dan sayang kau terhadap aku tak pernah terputus

rosak

dalih-dalih cinta kamu
sering aku balaskan dengan senyuman
bukan mahu buktikan aku seorang loser
tapi untuk kamu tahukan
yang aku enggan untuk berbicara dusta

Wednesday, May 4, 2011

halusinasi cinta jalang

bermain kata lebih baik dari hidup tanpa bicara
manusia sememangnya gila
sanggup mati dan hidup kembali berjuta kali
semata-mata untuk cinta jalang

dalam cinta semuanya sama
ketawa,gembira,sedih,duka,merana
berulang-ulang kali dirasa
tapi masih ramai lagi yang menagih cinta
dan aku salah seorang dari mereka

terasa bodoh bukan
bila hidup dalam dunia cinta ini
tapi aku merasakannya tidak sama sekali
biar penat mana mengejar cinta
janji kepuasan bakal aku rasa di penghujungnya
aku tidak mahu nikmat sementara cinta
tapi aku mahu nikmat cinta hingga akhir usia

card

pemain kad
dan aku memegang kad terakhir sebelum ianya dibuka
pertaruhan besar telah aku letakkan di atas kad ini
antara hidup dan mati juga mungkin
bila ianya dibuka
jawapan sudah pasti akan ada

Monday, May 2, 2011

silent

kalau angin mampu sampaikan pesan
mahu saja aku tujukan luahan hati ini kepada si dia

kalau hujan mampu mengikut perasaan
pasti saja hari-hari mendatang mendung tak berperasaan

kalau ombak mampu membelah pantai
sudah lama ku biarkan ianya berlaku

ah
aku sudah penat untuk mengejar cinta
aku sudah penat bermain kata-kata
aku sudah penat memujuk hati yang lara

ada baiknya aku diam seketika
melihat dunia tanpa si dia
keseorangan itu sudah biasa
tapi adakah sama tanpa ada dia?

new start

dari mana harus ku mula
sedang aku sering tertanya tanya
gambarannya sudah ada
di kiri menuju syurga sementara
sedangkan yang kanan jalannya tidak seindah rupa

Sunday, May 1, 2011

penagih cinta basi ii

Mungkin dalam diari cinta kita tak pernah wujud kenangan terindah

Tapi aku cuba sedaya upaya untuk wujudkan memori itu

Aku kongsikan suka duka kehidupan aku kepada kamu

Dan berharap kamu dapat menyelami dunia seorang lelaki

Yang menagih cinta kamu

Dan berharap cintanya di balas

Bukan dengan senyuman manis semata

Tapi dengan kenangan terindah hingga akhir hayatnya

penagih cinta basi

Kata hati takkan siapa mengerti

Dan sesungguhnya aku seorang penagih cinta si dia yang hidup dan mati berjuta berkali

Untuk aku dapatkan cintanya

Mahu saja aku keluarkan hati ini

Agar dia dapat melihat hati si penagih cintanya yang tegar

Yang tak pernah berputus asa

Yang juga hampir berkecai bila cintanya tak pernah di pulangkan kembali