Monday, September 27, 2010

satu dan sejuta

antara satu dan sejuta
mana satu yang kamu mahu
andai soalan ini di aju padaku
jawapanku cuma satu
aku cuma mahu yang satu itu

bagaimana harus aku pilih sejuta
sedangkan yang satu itu tak mampu ku juga
bagaimana harus aku pilih sejuta
sedangkan hatiku cuma satu ketika ditanya

bicara aku

wahai angin aku punya bicara
bicara aku bukan apa-apa
sekadar luahan hati si gila
inginkah kau mendengarnya
kadangkala aku ingin senyum

tapi untuk apa

jika derita datang bertimbun

Sunday, September 26, 2010

bila bila

bila kecewa
macam-macam bicara kau buka
bila kecewa
macam-macam dusta kau cerita
bila kecewa
macam-macam nista kau kata

kenapa kau harus bicara sebegini
bila kau mula kecewa

Saturday, September 25, 2010

puisi untuk mu

izinkan aku menulis puisi
mengenai dirimu
sambil mendengar lagu kegemaranmu
maafkan aku andai karanganku tak sama
seperti mu

izinkan aku meneruskan lagi puisi ini
biar mereka semua tahu siapa dirimu di hati ini
takku peduli apa kata orang mengenai dirimu
yang aku cintai
hanya dirimu
meister K

sesekali jangan

jangan sesekali kau lupakan aku
bila hati ini sedang rindu
jangan sesekali kau menghilang
bila hati ini masih sayang
jangan sesekali kau berdusta
bila hati ini terasa amat mencinta
meister K

Friday, September 24, 2010

kenangan lalu

kenangan lalu
ku himpukan jadi satu
yang tak perlu
aku bakar sampai jadi abu
yang perlu aku simpan dan ku buku
biar tersemat di dalam kalbu
agar satu hari nanti
bisa ku buka
dan ku baca kenangan itu
agar aku mengetahui
siapa diriku dahulu
meister K

tidur

aku ingin tidur
sambil membaca buku puisi itu
andai aku sedang lena
jangan kejutkan aku
biar aku lena di buai mimpi-mimpi indahku
meister K

Wednesday, September 22, 2010

bulan

bulan itu berseri kerna adanya matahari


pernah suatu hari
kau katakan padaku
'kalau benar sayang padaku
hadiahkan aku bulan itu'
bagaimana harus aku hadiahkan kepadamu
bulan itu amat jauh dariku
bulan itu bukan di sini tempatnya
bulan itu nun jauh disana
lalu kau merajuk kepadaku
aku fikirkan cara untuk memujukmu
terlintas di benak fikiranku
bagaimana cara untuk memujukmu
lalu aku mencipta dongeng untuk menceritakan padamu
tentang bulan yang satu itu
aku katakan padamu
'bulan itu ada yang punya
sang arjuna yang meletakkannya di sana
kerana dia merasa
andai diri jauh dari kekasihnya mereka masih lagi melihat bulan yang sama'
ternyata kau mengiakannya
maafkan aku sayangku
kerna aku terpaksa menipu
meister K

tempat itu

di tempat itu aku lakarkan kasihku
di tempat itu aku wujudkan sayangku
di tempat itu aku tanamkan cintaku
di tempat itu aku simpankan rinduku

di tempat itu juga
aku selalu berbisik pada angin
kata-kata dari hatiku
kata-kata dari jiwaku
agar angin itu sampaikan pada teman-temanku
meister K

thanks

tepian pantai itu
aku pergi kepadanya lagi
terima kasih sahabatku
kerana bawaku ke situ
terima kasih sahabatku
kerana sudi menemaniku
terima kasih sahabatku
kerana aku tenang di situ
terima kasih sahabatku
kerana sudi mendengar kata hatiku
terima kasih sahabatku
kerana menaikkan semangatku
meister K

diri sendiri

kata-kata dikarang saban hari
sekadar untuk meluahkan apa di dalam hati
biar ramai tak mengerti
paling penting diri sendiri yang memahami
walau ramai yang salah sangka
nisata tak ku hamburkan pada mereka
kerana aku mengarang bukan untuk mereka
kadangkala terasa diri ini gila
bertuhankan memori lama
meister K

kosong

umpama hujan tak jejak ke bumi
umpama matahari bahangnya tak terasa lagi
umpama bulan tanpa seri
umpama bintang cuba untuk lari
umpama ombak tidak memukul pantai lagi
umpama bayu yang tak terasa di jari jemari
bila semua ini terasa
hidup ini kian tak bererti
kosong wujud di dalam diri
meister K

perjalanan sepi

mari pegang tanganku
kita kembara ke alam kita sendiri
kita dapatkan apa yang kita hajati
kita bersama-sama mengejar pelangi
usah di peduli mereka semua itu
biarkan mereka bahagia di situ
jangan di ganggu mereka-mereka itu
biarkan mereka dengan sabda-sabda mereka
mereka tak sedar mereka sedang bermimpi
mimpikan apa yang tak pasti
sendiri berhujah
sendiri mati
meister K

innocent

aku tak bersalah
kenapa aku masih lagi perlu dipersalah
hinakah aku
sampai sanggup diperlu seperti haiwan
jiwa ragaku tersiksa
bagai luka di tambah garam ke atasnya
pedihnya amat terasa
Meister K

Tuesday, September 21, 2010

biarkan aku

biarkan aku lemas dalam fantasi aku
jangan sedarkan aku dari situ
biarkan aku hanyut bersama fantasiku
aku rela hidup di alam fantasi
dari aku hidup di alam realiti
realitiku begitu pedih sekali
realitiku amat jerih sekali
payah untuk aku bernafas
walaupun untuk sesaat
fantasiku indah
apa yang aku hajat
bisa ku dapat
apa yang aku mahukan
bisa aku temukan
meister K

lovely touch.....

hadir drimu di dlm hidup ku,
memberi kan 1001 senyuman & makna.....
kau bagaikn bulan yang sentiase menerangi gelap & mlm ku....
andai ku rindu pdmu....aku selalu memandang bulan yg sentiase terang dgn cahaya ye...
walaupun kite berjauhan ku yakin kau tetap memandang pd bulan yg sama...(^_^)

Monday, September 20, 2010

pengemis buta

hey!!
pengemis buta
untuk apa kau disini
pergi kau ke sana
pergilah mengemis di sana
di sini tiada apa-apa untuk kau
kau tahu mengapa hidup kau jadi begini
baru kini kau sedar takdir Illahi
pernahkah kau terfikir semua ini
sewaktu kau kaya dahulu
pernah kau terfikir membantu
mereka-mereka yang memerlukan
dulu kau mendabik dada
bagai helang gah di angkasa
baru kini kau tahu nasib sebegini
dicampak ke sana sini
di beri makan
sekadar sekeping roti
di beri minum
sebotol susu basi
tak perlulah kau menagih simpati
yang pasti
kau dahulu
tak pernah SEDAR DIRI!!!

temani aku

mari kesini kekasihku
temani aku
aku disini begitu sepi
dalam hujan jua aku mengerti
kasih kita takkan terhenti

apa orang kata

orang kata
ketawa pengubat duka
tapi kalau dah berduka bagaimana
hati ini masih lagi mahu tertawa?

orang kata
rindu pengubat sepi
tapi kalau dah rindu bagai nak mati
bagaimana mahu mengubat sepi

orang kata
senyum pengubat resah
tapi kalau dah resah gelisah
bagaimana mahu mengubat resah

Sunday, September 19, 2010

asal

asal aku bahagia
janji aku belum lagi gila

redha

sayang
takkan pernah ada sekelumit perasaan cintaku
terhadap insan lain
hanya kau yang aku mahukan
biar jasad bermandi darah
biar nyawa terpisah
takkan aku putuskan hubungan kita
biar YANG MAHA KUASA
putuskan segalanya
andai smpai di sini cinta kita
aku REDHA...

sembang

sembang kencang tak guna
andai semua yang dikata
dusta belaka

yang aku pinta

aku minta bukan harta berjuta
aku minta bukan cinta semata
aku minta bukan dirimu
yang aku pinta
cuma izinkan aku
berada di dalam hatimu
asal dapat merasa bahagia
biarpun hanya seketika

langit menangis

langit itu menangis
seolah-olah tidak membenarkan
pemergianku
sama ada mahu atau tidak
aku mesti berpisah
walaupub seketika
tapi aku tak mampu lagi
menanggung siksa
siksa dari neraka itu
neraka ciptaan manusia
yang wujud didalamnya
hipokrit,bongkak
tolong aku bantu aku
aku tak mahu berada
di dalam NERAKA ini

hajat dan berjuang

semangat yang ada kian luntur
biar bermandikan darah
takkan pulih semangat yang dulu
aku umpama berjuang bukan untuk kemenangan
tapi untuk mencapai hajat dan cita

Saturday, September 18, 2010

aku kejar

aku kejar bukan cita-cita
aku juga bukan kejar cinta
tapi aku kejar apa yang aku percaya

Thursday, September 16, 2010

hati berteman sepi
tak siapa mengerti
hati berteman rindu
tak siapa tahu
hati berteman sayang
takkan ku biarkan kau hilang

rahsia

rahsia hati tak siapa memahami
rahsia hati tak siapa peduli
bila bahagia sendiri merasai
bila derita tanggung sendiri

insan pertama

kau insan pertama
yang aku benar-benar rindu
kau insan pertama
yang aku benar-benar sayang
kau insan pertama
yang aku cinta sedalamnya
aku berharap takkan wujud insan lain
selepas kau dalam diriku

Takkan

takkan ada lagi sayang
takkan ada lagi cinta
taakan ada lagi simpati
bila hati ini telah dirobek oleh
INSAN PENDUSTA

Tuesday, September 14, 2010

angan

dalam sibuk mengejar cita-cita
tak sedar cita-cita itu hanya angan-angan

Monday, September 13, 2010

jiwa seorang lelaki

jiwa seorang yang bernama lelaki
kadangkala jiwanya seperti ingin memberontak
adakala jiwanya berbisik agar menjadi lembut
menagih cinta dari seorang insan
yang bergelar perempuan

Sunday, September 12, 2010

penulis gila

cinta si penulis gila
adakah cintanya ikhlas di mata mereka
atau sekadar ingin bersuka ria
hanya hati orang yang di cintanya
tahu erti cinta si penulis gila ini

rindu

takkan pernah ada lagi rindu
bila kau ada dihadapanku
mari kesini sayang ku
inginku pelukmu
seerat-eratnya
takkan ku lepaskan pelukanku
kerna aku tak ingin kehilanganmu

Friday, September 10, 2010

apalah

apalah ertinya hari ini
jika sama sahaja seperti hari semalam

Wednesday, September 8, 2010

Friday, September 3, 2010

Thursday, September 2, 2010

karma

sepertinya karmanya sedang menghukum diri ini

terasa

malam ini
aku terasa takut untuk
bersendiri

kain putih

sehelai lembaran kain putih
kini terpalit darah pekat berwarna merah
susah untuk menghilangkan kesannya
sampai bila-bila

pemain teater

aku umpama pemain teater
yang berada di pentas dunia
dikawal oleh pengarah
yang wujudnya di dalam diri aku sendiri
kadangkala cerita ku indah belaka
kadangkala cerita ku serba tak kena

pahlawan

kononnya kaulah pahlawan
lantang bicara
tapi kudrat tak pernah berjasa
bicaramu terselit makian hina
tapi semua itu terpalit semula kepada kau

abah

setinggi langit sayangku kepadamu
tinggi lagi sayangmu kepadaku
aku mengerti semua itu
tapi kau tak bisa tunjukkan kepadaku
kerana masih ramai lagi saudara-saudaraku
yang menagih sayang darimu
tapi yang harus kau tahu
sayang ku kepada mu
sebanyak bintang di langit

pinjam

pinjamkan aku
setitik api
agar aku mampu
menyuluh di dalam gelita
aku tak mahu buta
hanya kerana gelapnya dunia
aku mahu cahaya
yang bisa membawa aku ke mana-mana
cukup sekadar satu titis
ia mampu membawa aku
ke mana yang aku suka
biar ke lorong sunyi
mahupun di sebalik bukit tinggi

langit

seperti ingin mahu terbang ke langit biru
tapi tak bisa tercapai
hanya mampu di capai melalui angan-angan

Wednesday, September 1, 2010

rentula

hebatnya halusinasi
terpampang apa yang aku inginkan
tapi semua itu
takkan berlaku di alam nyata ini
akal manusia tak mampu mengawal semua itu
namun kita masih lagi boleh berhalusinasi
berimaginasi merentas masa
mengawal perasaankearah yang diingini
itulah hebatnya kita sebagai manusia

seperti dulu

aku masih lagi seperti dulu
takkan pernah ada yang berubah dalam diriku
biarlah zaman berubah
maju kehadapan
namun aku masih tetap diriku
berkelakuan seperti dulu
berkata-kata bila perlu

hidup

hidupku kini kosong
umpama jasad tak bernyawa
hidupku kini kosong
umpama tin bersepahan tepi jalan
menyemakkan lagi laluan
di tendang tanpa haluan
di pijak tanpa belas kasihan

di sini

disini aku
umpama batu
yang tak pernah di ambil peduli
umpama pasir
yang di pijak-pijak
umpama burung kakaktua
yang di ajar mengikut apa yang dikata

lumrah hidup manusia
yang hebat akan sentiasa berada diatas
yang lemah takkan pernah di jemput untuk naik ke atas
di tinggalkan sendirian
umpama kotak terbiar tepi jalan
di biar berhujan
di biar berpanas
dan di biar reput makan dek hari

tak guna

tak guna aku berkata berkali-kali
andai masuknya kekanan
dan keluarnya di kiri