Sunday, July 22, 2012

rewind

ini kisah setahun yang dulu

saat-saat begini
aku dalam perjalanan ke kota Kuala Lumpur
bukan untuk mencari rezeki
tapi kepulangan yang mengubah seluruh perjalanan hidup ini

jam 11.30 malam aku sampai di pudu raya
menunggu seseorang menjemputku
bersama-samanya
aku bergerak ke Hospital Selayang

setibanya di sana
aku di bawa ke wad kecemasan ICU
di situ aku lihat kakak ku
sedang berbaring dengan wayar-wayar berselirat
aku renung sedalam-dalam wajahnya
berharap agar matanya celik kembali
mahu berbicara
kotak suara tidak berbunyi
hanya airmata yang mampu menceritakan segalanya

tanpa ada siapa-siapa disisinya
dia pergi tinggalkan kami semua
pemergiannya begitu tenang sekali
tapi kami sekeluarga mengalirkan airmata mengharap dia kembali
tapi ini semua takdir ILLAHI
mahu atau tidak
terpaksa terima juga

selepas pemergiannya
satu persatu kenangan berputar-putar di minda
senyum, gelak tawa dari wajahnya amat aku rindui
bila berjauhan
dialah orang pertama akan memanggil aku pulang ke rumah
bertanya khabar
bertanya soal kehidupan

23/7/2012
genap setahun pemergiannya
mata ini ingin menatap wajahnya 
bibir ini mahu sekali berbicara dengannya
telinga ini seringkali mengidam mendengar suaranya yang ceria
tangan ini mahu memeluk erat tubuhnya

semoga kau tenang di sana :')







No comments:

Post a Comment