kalau mahu di khabarkan pada semua
pasti tidak akan cukup masa
dan setiap cerita pasti berbeza-beza
namun jalan ceritanya masih tetap sama
bukan tidak mahu berkongsi cerita
cuma aku rasa aku semakin dewasa
dan mampu untuk menanggung
apa yang aku rasa
cerita-cerita
ramai yang bertanya
apa khabar kau disana?
dengan senyum aku membalas
baik-baik sahaja
sedangkan
dalam hati menanggung derita
dalam mata menanggung sengsara
kalau benar kau mahu tahu apa yang aku rasa
mari kita duduk semeja
aku akan bercerita
Friday, July 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cerita la :D
ReplyDeletemasih lagi tak mampu untuk bercerita
ReplyDelete