manusia sememangnya gila
sanggup mati dan hidup kembali berjuta kali
semata-mata untuk cinta jalang
dalam cinta semuanya sama
ketawa,gembira,sedih,duka,merana
berulang-ulang kali dirasa
tapi masih ramai lagi yang menagih cinta
dan aku salah seorang dari mereka
terasa bodoh bukan
bila hidup dalam dunia cinta ini
tapi aku merasakannya tidak sama sekali
biar penat mana mengejar cinta
janji kepuasan bakal aku rasa di penghujungnya
aku tidak mahu nikmat sementara cinta
tapi aku mahu nikmat cinta hingga akhir usia
No comments:
Post a Comment