Wednesday, April 25, 2012

fake

cerita kau
dusta kau
semua kau khabarkan
dengan berat hati aku percaya
kerana aku tidak mahu kau kecewa kali kedua


bila habis semua zat zat cinta dari aku kau sejat
kau campakkan aku ke dalam jurang paling dalam
tapi belas kasihan kau biarkan aku sendirian

namun aku percaya
akan hadir satu cahaya
yang mampu untuk temani aku sampai ajal tiba
cuma doaku
agar kau bahagia

Wednesday, March 14, 2012

merci

untuk sekian kalinya
aku laungkan ucapan terima kasih
kepada cintaku
atas segalanya

atas apa yang kau ingatkan
aku takkan pernah lupa
atas apa yang pernah kau tuturkan
aku takkan pernah lupa

terima kasih cintaku
terima kasih dan aku laungkan ucapan ini
ketengah lautan agar semesta alam dapat mendengar

wordless wednesday

Tuesday, March 6, 2012

choice

pilihan sudah di buat
tepat atau tidak
terserah pada yang Esa
teruskan dan perjuangkan
kerna hanya dia yang membalas cinta kau
tanpa ada rasa malu

goodbye

kau tak pernah percaya dengan apa yang aku katakan
perlukah aku teruskan lagi?
setiap kali aku bertanya
jawapan yang mudah dan ringkas akan aku dapat
'entah'...'tengoklah'......


ah
terserah pada kau
kau sendiri yang terlalu ego
mungkin tidak akan ada lagi aku mengharap apa apa dari kau

Thursday, March 1, 2012

kasino

letakkan segala perjalanan hidup kau atas papan roulette
sambil berdoa kau akan berjaya
ataupun duduk berteleku seketika
sambil berfikir sejenak
arah mana yang kau akan tuju

Friday, February 24, 2012

life

pandangan semakin tertutup rapat
tidak ada siapa-siapa yang mahu menyinggah
pintu aku tidak pernah tertutup
tapi kalian sendiri yang tidak mahu menoleh

ahhh
terserah
masing-masing punya hal masing-masing
dan aku cuma di cari bila diperlukan