Friday, December 30, 2011

explain

kau tahu apa makna cinta sayang dan rindu?
kau tahu apa makna kawan teman sahabat?
terangkan pada aku
kerana aku hampir tidak paham pada semuanya

maybe

mungkin aku harus pergi
pergi dengan setenang air di sungai
dalamnya tersirat arus deras
perasaan yang ada tak terungkap dengan kata-kata
mungkin juga perasaan ini harus di simpan dalam-dalam
dia bukan milik aku dan aku bukan siapa-siapa pada dirinya
aku seolah-olah pelangi yang terbit selepas hujan yang menyinari seketika
dan hilang bila kembalinya sinar mentari

lost

dari setiap kesedihan yang aku tanggung
akan wujud satu diri baru bagi aku
perjalanan aku masih jauh dan aku tak mahu berhenti
di pertengahan jalan
iringi aku kerana aku tidak mampu berjalan sendirian

Friday, November 25, 2011

keep

isinya aku simpan dalam-dalam
rasanya aku kuburkan tanpa tanda
sampai satu masa
aku akan cari semula
satu persatu

biar aku susah dahulu
kerana aku lebih selesa begini
aku tak mahu hilang kau dalam sekelip mata

new step

satu episod baru
ia sedang berlaku
antara kau dan aku
ini yang baru

bahagia kau dan aku takkan ada siapa tahu
mungkin sampai ke hujung usia kau dan aku
siapa tahu?

Wednesday, September 28, 2011

let it pass

dari setiap cinta laknat yang telah kau berikan
aku ucapkan terima kasih

aku takkan pernah menuntut apa-apa
cuma aku doakan kau bahagia sepanjang hayat
penantian sayang aku telah bertukar benci yang teramat dalam
terima kasih

Friday, September 23, 2011

janji

untuk setiap janji-janji yang pernah aku hamburkan dulu
terasa seperti sedang memakan jiwa aku sedikit demi sedikit




terdiam,terduduk sendiri
takkan ada siapa peduli